Monday, November 18, 2013

WIRID RASULULLAH S.A.W. PAGI DAN PETANG Oleh Dr.Abdullah Yasin

Apakah makna wirid?
Maksud wirid ialah amalan yang tetap atau sentiasa dilakukan sama ada dalam bentuk bacaan ataupun yang seumpamanya. Oleh itu jika dikatakan kepada kita:
قرأت وردى " ertinya Saya membaca wiridku. menurut pengarang kitab              معجم اللغة العربية المعاصرة  perkataan wirid bermakna” bacaan yang diamalkan pad waktu pagi dan petang”. Berdasarkan pengertian di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa wirid termasuk ke dalam golongan zikrullah iaitu cara kita mengingati dan taqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah pada waktu pagi dan petang.

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w yang menggalakkan kita agar banyak mengingati Allah terutama pada waktu pagi dan petang serta malam. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 41-42, maksudnya:


" Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang."

Firman Allah dalam Surah Al-Isra, ayat 79, maksudnya: 
z
" Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji. "

FirmanNya lagi dalam surah Hud, ayat 114, maksudnya: " Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat."

Rasulullah s.a.w bersabda: “ واستعينوا بالغدوة والروحة  وشئ من الدلجة ( متفق عليه )
Maksudnya:” Dan memohonlah pertolongan ( kepada Allah ) pada waktu pagi dan petang dan sedikit daripada waktu malam “.


Kesimpulannya:  Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasululah s.a.w di atas, nyatalah bahawa kita sangat digalakkan agar melakukan wirid pada waktu pagi, petang dan sedikit pada waktu malam.  Wirid adalah amalan rutin yang perlu kita lakukan berdasarkan panduan daripada Rasulullah s.a.w.

Thursday, May 30, 2013

Terkini 31/05/2013-Pembinaan Pusat Pengamalan Al-Ahmadiyyah **Dana Diperlukan



Aktiviti di Madrasah As-Saidiyyah Tahun 2014
Assalamualaikum wm wbr. 
Sukacita dimaklumkan bahawa oleh kerana bangunan surau Madrasah As-Saidiyyah sedang dalam proses naiktaraf, maka semua aktiviti tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah diadakan di bangunan Pusat Pengamalan Tarekat .

Dengan itu,  Dato' , Datin, Tuan, Puan para ikhwan dan muslimin muslimat dijemput menghadiri majlis-majlis yang akan diadakan pada ketetapan berikut, iaitu:        

1) Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w
  Tarikh: 18 Januari 2014 / 16 Rabiul Awwal 1435H ( Sabtu )
  Penceramah: Ustaz Zaidi bin Ramli   

2) Majlis Haul  Syeikh Haji Mohd Said
  Tarikh: 25 Januari 2014 / 23 Rabiul Awwal 1435H ( Sabtu )                  






Antara kemudahan-kemudahan yang di sediakan di aras bawah :

1. Kedai Buku



2. Bilik Syeikh Tarekat


3. Bilik Mesyuarat

4. Kelas 


5. Bilik Tetamu


6. Pejabat


7. Tandas




SUMBANGAN MELENGKAPKAN PUSAT PENGAMALAN TAREKAT AHMADIYYAH

Ibarat berkayuh sudah hampir ke pantai, ibarat mendaki sudah hampir ke puncak, maka beginilah status projek Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyyah.  Pembinaannya telah mencapai 90% tetapi masih memerlukan sumbangan bagi menyempurnakannya.  Pada asasnya, Aras Bawah bangunan hampir disiapkan sepenuhnya ( seperti dalam gambar di atas ), sementara Aras Satu dan Aras Dua masih perlu dilengkapkan dengan beberapa kemudahan asas seperti cermin tingkap, siling, jubin, kelengkapan eletrik , bilik air, perabut dan pembahagi ruang ( partition ).

Oleh itu pihak pengurusan Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyyah sangat mengalu-alukan sumbangan para ikhwan dan kaum muslimin dan muslimat bagi menyempurnakan pembinaan pusat pengamalan. Berikut ialah senarai bahan binaan dan kelengkapan yang diperlukan, iaitu:

1. Cermin tingkap @ Satu set /  RM500 x 40 set          = RM20,000
2. Lampu siling @ 1 set / RM120 x 100 set                  = RM12,000
3. Penghawa Dingin @ 1 Unit / RM3,000 x 15 unit       = RM45,000
4. Siling @ RM2.50 sekaki per  x 5000 ' per                = RM12,500
5. Awning @ RM6.00 x sekaki per x 1,000 ' per          = RM6,000
6. Kerusi / meja lipat @ RM45.00 x 100 unit                = RM4,500
7. Meja banquet @ RM90.00 x 100 unit                       = RM9,000
8. Kerusi Plastik @ RM25.00 x 200 unit                       = RM5,000
9. Meja mesyuarat                                                         = RM5,000
10. Peralatan pejabat  - komputer, printer dan
                                     mesin fax                                  = RM14,000
11. Rak Buku perpustakaan @ RM450.00 x 20            = RM9,000 
12. Pembahagi ruang (partition ) @ RM3,000 x 3 bilik   = RM9,000   
                                                                   JUMLAH   = RM150,000  

Sumbangan  Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan sangat dialu-alukan. Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun-akaun berikut, iaitu:
a.  Nama Akaun: Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiyyah
    ( i )  No.Akaun : 05012010065511 ( BIMB )
    ( ii ) No. Akaun : 555014108233 ( Maybank Islamic )
b. Nama Akaun : Tarekat AlAhmadiyyah Al Idrisiyyah Ar Rasyidiyyah Ad Dandrawiyyah
    No. Akaun : 05040001158107 ( CIMB Islamic )

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bendahari ( 013- 3612867 ). Atas komitmen dan sumbangan anda didahului dengan dengan ucapan terima kasih.  Semoga Allah memberkati usaha kita dan menerimanya sebagai amalan soleh, ameen. 



   



Thursday, October 18, 2012

Simposium Tarekat Tasawuf Siri 3 1434H

Sambutan Maulidur Rasul  1433H

Tarikh : 26 Januari 2013 (Sabtu Malam Ahad )


TENTATIF MAJLIS MAULIDUR RASUL

4.30 p.m               : Solat Asar Berjamaah
5.00 p.m               : Majlis Berzanji & Selawat
6.30 p.m               : Minum Petang
7.00 p.m               : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 p.m               : i) Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  : ii) Ucapan dan Bacaan Doa Oleh Dato' Syeikh Hj Mohd Murtadza b. Syeikh Hj Ahmad
  :  iii) Ucapan Perasmian Oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan N.Sembilan
  : iv) Pelancaran Kitab
10.45 p.m             : Ceramah Jemputan Oleh:  Dr Fauzi Naim bin Hj Baharuddin ( UKM )
  : Penyampaian Cenderamata
  : Solat Isyak Berjamaah
  : Jamuan dan Bersurai 




Semua Ikhwan Dijemput hadir

Kenali Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah



KENALI SYEIKH TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH
AR-RASYIDIYYAH AD-DANDRAWIYYAH


1.   
Maklumat Peribadi:
                      i.        Nama: Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
                    ii.        Tarikh lahir : 05.05.1937
                   iii.        Kewarganegaraan:  Malaysia
2.    Maklumat Pendidikan:
                      i.        Ijazah Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
                    ii.        Maahad Kaherah, Mesir
                   iii.        Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang
                   iv.        Madrasah al-Attas, Johor Bahru
                    v.        Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
                   vi.        Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3.    Pengalaman Kerja:
                      i.        Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
                    ii.        Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama  ( 1984 – 1987 )
                   iii.        Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
                   iv.        Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
                    v.        Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S.       ( 1974 - 1976 )
4.    Anugerah:
                      i.        Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DKNS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1988.
                    ii.        Mendapat anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1421H peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
                   iii.        Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004
                   iv.        Mendapat anugerah Tokoh Ulama’ sempena Sambutan 100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.

5.    Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah

Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad

6.    Sumbangan:
Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
                      i.        Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004) dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
                    ii.        Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi. 
                            iii.            Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
                             iv.            Di bawah pimpinannya, sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.

7.    Pengiktirafan:
                      i.        Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri Sembilan (1984-1987)  mendapat sokongan daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon. Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
                    ii.        Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun 1980 hingga kini.
                            iii.            Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan bersama-sama Sohibus Samahah Dato’ Hj. Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan), Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah), Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi (Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).

                   iv.        Membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan” di Seminar Negara Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah “Negara Zikir”.

8.    Pengalaman:
                      i.        Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 .  Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                    ii.        Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia Tuanku untuk memilih Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia. Dato’ Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
                   iii.        Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama’ dan mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa kebangsaan.
                   iv.        Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.

9.    Aktiviti Semasa:
                             i.        Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a)    Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b)    Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari Selasa    ( malam ) di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c)    Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam kuliah-kuliah yang diadakan
d)    Menolak sebarang amalan bid’ah dan khurafat dalam aktiviti tarekat serta  amalan taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah manusia biasa yang tidak maksum
e)    Membimbing ahli-ahli tarekat supaya beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau melakukan sebarang perubahan.
f)     Memimpin majlis-majlis zikir dan majlis-majlis haul berpandukan prosedur  yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g)    Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf  ( 2005 ) N.Sembilan.


h)   .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan  dan negeri-negeri lain serta negara-negara lain seluruh dunia
i)     Mempertingkat kefahaman masyarakat tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j)      Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k)    Menerima kunjungan  alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato’ Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ), Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ), Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid ( Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam negeri.

                            ii.        Beliau juga masih mengajar dan berceramah di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Selangor.
                           iii.        Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan